Netanyahu sedia bentang rancangan pendudukan penuh Gaza
TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu didakwa bersedia membentangkan kepada kabinetnya rancangan untuk menduduki Tebing Gaza secara sepenuhnya.
Menurut laporan media Israel, Netanyahu akan cuba mendapatkan sokongan kabinet setelah membentangkan rancangan itu dalam satu mesyuarat yang dijangka diadakan hari ini (waktu tempatan).
Bagaimanapun, Times of Israel berkata, rancangan itu mendapat bantahan daripada angkatan tentera rejim zionis, antaranya Ketua Staf IDF, Leftenan Jeneral Eyal Zamir.
Laman berita Ynet yang memetik kenyataan pegawai kanan Netanyahu berkata: “Keputusan telah dibuat, kita akan melaksanakan pendudukan penuh ke atas Gaza.”
“Operasi akan turut dilaksanakan di kawasan di mana tebusan (Israel) dipercayai berada. Jika ketua staf (tentera) tidak bersetuju, dia patut meletakkan jawatan,” tambah pegawai yang tidak dinamakan itu.
Tentera Israel buat masa ini menguasai kira-kira 75 peratus wilayah Gaza.
Namun di bawah rancangan baharu itu, pasukan tentera akan dikerahkan ke semua bahagian Gaza, sekali gus meletakkan seluruh kawasan itu di bawah kawalan Israel.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








