POLITIK

Elak kerajaan tumbang, Anthony Loke minta menteri, timbalan menteri DAP kekal jawatan

CYBERJAYA – Keputusan menteri dan timbalan menteri daripada parti DAP untuk kekal berada dalam Kabinet dibuat atas permintaan Setiausaha Agung parti berkenaan, Anthony Loke.

Laporan NST yang memetik sumber berkata, semua menteri dan timbalan menteri DAP pada mulanya berhasrat mengikut jejak langkah Anthony untuk melepaskan jawatan masing-masing.

“Bagaimanapun, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, terutamanya Anthony, meminta semua menteri dan timbalan menteri untuk kekal dalam pentadbiran kerajaan.

“Ini kerana Anthony tidak mahu kerajaan tumbang berikutan tindakan mereka menarik diri daripada Kabinet,” kata sumber berkenaan dalam laporan tersebut, hari ini.

Terdahulu, Anthony mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan yang membenarkan penahanan di rumah secara bersyarat kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anthony berkata, keputusan beliau untuk melepaskan jawatan adalah pendirian peribadi, manakala menteri-menteri lain akan kekal memegang jawatan masing-masing demi mengekalkan kestabilan politik.

“Jika semua menteri DAP meletakkan jawatan, kerajaan boleh tumbang dan menyebabkan ketidakstabilan politik, yang memang ditunggu-tunggu oleh pihak lawan kita.

“DAP tidak akan membiarkan pihak pembangkang mengambil kesempatan atas situasi ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button