
Hubungan DAP, BN tiada masalah – Nie Ching
KUALA LUMPUR – Hubungan antara parti DAP dengan Barisan Nasional (BN) tetap baik walaupun berdepan polemik Titah Adendum bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching, ketika diminta mengulas dakwaan kedua-dua parti itu berdepan perselisihan susulan pendedahan kewujudan titah berkenaan di Mahkamah Rayuan, Isnin lepas
“Tidak ada perbezaan (hubungan antara DAP dan BN), tiada perbezaan setakat ini.
“Malah, DAP tidak pernah lihat dokumen ini (Titah Adendum) dan ia melangkaui pengetahuan saya,” katanya.
Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Komunikasi berkata demikian selepas merasmikan penutup Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2025, di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai usaha kementerian bagi menangani gerakan pihak tertentu cuba memutar belit fakta dan mendakwa kerajaan sebagai ‘menderhaka kepada Yang di=Pertuan Agong’, Nie Ching menegaskan perkara itu akan ditangani Menteri Komunikasi.
“Sila rujuk menteri (Fahmi), ini lebih sesuai untuk dia jawab,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








