BERITA SEMASAPOLITIK

PRN Johor: BN bentuk kerajaan selepas menang majoriti mudah 29 kerusi – SPR

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) secara rasmi berjaya membentuk kerajaan negeri Johor selepas memperoleh majoriti mudah apabila memenangi 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, proses pengundian yang berlangsung hari ini berjalan dengan baik dan lancar.

“Bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 10.32 malam, BN telah memenangi sejumlah 29 kerusi daripada 56 kerusi yang diperuntukkan.

“Dengan ini BN telah berjaya memperoleh suatu majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button