PN, BN saling bantu kempen sepanjang PRN Negeri Sembilan – Abdul Hadi
JEMPOL – Perikatan Nasional (PN) akan membantu Barisan Nasional (BN) sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, BN juga akan membalas sokongan tersebut sepanjang tempoh kempen selama dua minggu sehingga 31 Julai nanti.
“Alhamdulillah, ia menunjukkan prestasi yang sangat menggalakkan. Semangat kerjasama amat kuat, khususnya dengan BN.
“Yang paling penting ialah memastikan kepimpinan Melayu-Islam menerajui Negeri Sembilan.
“Kita akan saling membantu dalam kempen. Mereka akan berkempen di kawasan kita dan kita akan berkempen di kawasan mereka,” katanya ketika hadir di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol bagi proses penamaan calon bagi kerusi Serting, di sini hari ini.
Ketika diminta mengulas sama ada kerjasama antara kedua-dua gabungan itu akan diformalkan, Abdul Hadi berkata, perkara tersebut akan dinilai secara berperingkat mengikut keadaan semasa.
“Kita dimaklumkan sejak awal bahawa kita tidak tergesa-gesa dan akan memantau dari semasa ke semasa. Kita akan lihat bagaimana hasilnya nanti,” katanya lagi.
Terdahulu, Hadi bersama beberapa pemimpin PN termasuk Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengiringi calon gabungan itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serting, Mohd Fairuz Mohd Isa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















