BERITA SEMASALUAR NEGARA

Netanyahu tekad teruskan operasi tentera hingga matlamat perang tercapai

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan bahawa Israel tidak akan menghentikan operasi ketenteraannya di Gaza, sebaliknya akan terus mengejar semua matlamat perang meskipun rundingan gencatan senjata sedang berlangsung.

Dalam kenyataan sempena ulang tahun serangan 7 Oktober di selatan Israel, Netanyahu menggambarkan tempoh dua tahun kebelakangan ini sebagai “perang untuk masa depan Israel.”

Beliau turut mendakwa tindakan tenteranya telah “mengubah landskap Asia Barat” serta berjaya melemahkan pengaruh kumpulan yang disokong Iran di rantau itu.

“Kita kini berada di ambang hari-hari penentuan,” katanya. “Israel akan terus berjuang hingga mencapai semua objektif perang dengan membebaskan semua tebusan, menamatkan pemerintahan Hamas dan memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman terhadap keselamatan Israel,” katanya memetik laporan media antarabangsa.

Namun begitu, kenyataan Netanyahu tidak menyentuh mengenai proses rundingan damai yang sedang diusahakan oleh pihak antarabangsa, termasuk cadangan supaya Israel menarik keluar pasukannya dari Gaza serta menamatkan perang secara kekal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button