BERITA SEMASALUAR NEGARA

PM Australia tolak tuduhan Netanyahu serangan Bondi Beach berkait pengiktirafan Palestin

SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menolak dakwaan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bahawa pengiktirafan Australia terhadap negara Palestin menyumbang kepada serangan di Bondi Beach, kelmarin.

Dalam temubual bersama penyiar nasional, Albanese ditanya sama ada beliau melihat sebarang kaitan antara pengiktirafan negara Palestin dengan insiden berdarah itu.

“Tidak, saya tidak melihat sebarang kaitan,” tegasnya memetik laporan The Guardian.

Sedangkan katanya sebahagian besar dunia telah menyuarakan pengiktirafan Palestin melalui penyelesaian dua negara sebagai jalan perdamaian di Asia Barat.

Insiden serangan di Bondi Beach meragut 16 nyawa dan mencederakan puluhan lagi apabila dua lelaki tempatan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang hadir untuk menyambut perayaan Hanukah.

Dalam kejadian itu, salah seorang suspek yang merupakan ayah kepada seorang lagi penyerang ditembak mati oleh polis

Albanese bagaimanapun tidak mengulas secara langsung tuduhan Netanyahu yang mendakwa kerajaan Australia banyak mengalah dalam menangani fahaman anti-Semitisme.

“Ini adalah masa untuk bersatu sebagai satu negara… Kita perlu menyokong komuniti Yahudi yang sedang melalui tempoh yang amat sukar.

“Tugas saya adalah memastikan rakyat Australia secara majoriti berdiri bersama komuniti Yahudi pada masa sukar ini,” kata Albanese.

Ketegangan antara Australia dan Israel tercetus sejak Ogos lalu apabila Israel membatalkan visa diplomat Australia di wilayah Palestin yang diduduki.

Menteri Luar Australia, Penny Wong menyifatkan tindakan itu sebagai reaksi tidak wajar susulan keputusan Canberra yang mengiktiraf Palestin.

Kerajaan Australia menegaskan keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha antarabangsa untuk menghidupkan semula penyelesaian dua negara, gencatan senjata untuk menghentikan serangan Israel di Gaza serta pembebasan tebusan yang diambil oleh Hamas pada serangan mengejut pada 7 Oktober 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button