
Isu buli siber dibentang di Kabinet Jumaat depan
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat depan.
Fahmi berkata demikian sebagai respon terhadap kematian, Rajeswary Appahu, 29, yang telah mengambil nyawanya sendiri selepas dipercayai tertekan akibat dibuli beberapa individu dengan komen-komen jelik di TikTok.
“Saya amat kecewa dan marah dengan apa yang berlaku. Mereka yang menjadi punca kejadian ini perlu dibawa ke muka pengadilan.
“Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri semalam. Saya turut bercakap dengan Menteri Digital, Gobind Singh Deo serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.
Terdahulu Fahmi menziarahi keluarga mangsa untuk memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Gombak, Taman Melati.
Mendiang yang juga dikenali sebagai Esha di TikTok, dipercayai mengalami tekanan akibat diganggu dengan komen-komen jelik dan tidak wajar oleh beberapa individu yang kebanyakannya menggunakan nama samaran atau akaun palsu, sejak sebulan lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








