Kes penipuan digital melonjak mendadak, MCMC turunkan lebih 49,000 hantaran tahun ini
KUCHING – Kes penipuan dalam talian menunjukkan peningkatan mendadak apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan sebanyak 49,082 hantaran berkaitan kandungan palsu setakat 1 Ogos lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, jumlah itu hanya sedikit rendah berbanding 63,652 hantaran sepanjang 2024, tetapi jauh lebih tinggi daripada 6,297 hantaran pada 2023, sekali gus membuktikan kadar penularan kandungan penipuan semakin serius.
“Penyebaran penipuan digital, termasuk akaun palsu dan penyamaran tokoh awam, meningkat dengan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Zon Sarawak, hari ini.
Beliau menambah, walaupun kecerdasan buatan (AI) mampu membantu menapis dan mengesan maklumat palsu, teknologi itu tidak boleh menggantikan nilai asas perkhidmatan awam seperti integriti, dedikasi dan tanggungjawab.
“Yang penting, penggunaan teknologi mestilah dilakukan dengan bijak, berhemah dan terkawal supaya benar-benar memberi manfaat tanpa menjejaskan integriti dan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam,” katanya.
Bagi mengekang masalah ini, kementerian telah menyediakan pelbagai platform semakan fakta seperti Biar Betul di RTM, portal Sebenarnya.my dan chatbot AIFA (Artificial Intelligence Fact-check Assistant) yang setakat 31 Julai lalu menerima 142,257 mesej, dengan purata 769 mesej sehari.
“AIFA menerima sebanyak 142,257 mesej setakat 31 Julai 2025, sejak dilancarkan pada 28 Jan 2025. Ini bersamaan dengan purata hampir 769 mesej sehari.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















