BERITA SEMASA

MCMC siasat video siaran langsung papar aksi pijak Jalur Gemilang

TOKYO – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sudah memulakan siasatan terhadap satu video siaran langsung di TikTok yang memaparkan aksi individu memijak Jalur Gemilang, baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempersenda dan menghina Jalur Gemilang yang menjadi lambang kedaulatan, perpaduan serta identiti negara, lapor BERNAMA.

“Tindakan tegas akan diambil,” katanya sejurus tiba di sini hari ini.

Fahmi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita petang tadi bagi menghadiri Asia-Pacific Telecommunity Ministerial Meeting (APT-MM) 2025 yang dijadual berlangsung dari 30 hingga 31 Mei 2025.

Terdahulu, portal berita tempatan melaporkan, video siaran langsung itu didakwa distrim dari Sri Lanka serta berada dalam talian selama lebih empat jam, yang turut dipercayai menjadi medan perang siber antara pengguna di Malaysia dan Sri Lanka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button