JENAYAH & MAHKAMAH

Warga emas rempuh penunggang motosikal dibebas dengan jaminan polis

CYBERJAYA – Lelaki warga emas yang didakwa merempuh penunggang motosikal dalam kemalangan maut di Jalan 17/21, Petaling Jaya semalam, dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, lelaki tempatan berusia lingkungan 70-an itu sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kejadian berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati suspek memiliki lesen memandu yang sah.

“Lelaki warga emas itu dibebaskan dengan jaminan polis atas faktor kesihatan memandangkan sudah berusia dan mempunyai penyakit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu Proton X70 terbabit sehingga hilang kawalan.

Related Articles

“Ketika kejadian, lelaki berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah, manakala mangsa seorang penghantar makanan sedang bekerja,” katanya.

Laporan media sebelum ini menyebut, seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan 17/21, Petaling Jaya kira-kira pukul 1.45 petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu lelaki warga emas itu hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal mangsa.

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button