
LUAR NEGARA
Sisa anggota manusia ditemukan dalam serpihan Titan – Pengawal Pantai AS
NEWFOUNDLAND, Kanada – Cebisan dipercayai sisa anggota manusia turut ditemukan dalam serpihan kapal selam pelancongan, Titan yang meletup berhampiran bangkai kapal Titanic.
Pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) berkata, serpihan kapal selam tersebut berjaya dibawa keluar dari lokasi tragedi dan dipindahkan ke Pelabuhan Pengawal Pantai Kanada di sini, pada Rabu.
“Saya amat berterima kasih kepada semua negara dan agensi yang terlibat dalam operasi pemindahan dan pengekalan bahan bukti ini.
“Bahan bukti yang berjaya ditemukan boleh membantu pasukan penyiasat mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai punca kejadian,” kata wakil penyiasat insiden air, Kapten Jason Neubauer.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








