BERITA SEMASA
Remaja maut ditimpa palang kayu tokong
SHAH ALAM – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas dihempap palang kayu dalam satu kejadian di sebuah tokong di Tanjong Sepat, Kuala Langat, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 8.34 malam sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dipercayai berada di tokong itu bersama ahli keluarganya ketika kejadian berlaku.
“Setakat ini, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








