JENAYAH & MAHKAMAH

Seorang maut, sembilan cedera insiden letupan gas

KUALA LUMPUR – Seorang disahkan maut manakala sembilan lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah universiti swasta di Jalan Semantan, di sini hari ini.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, mangsa yang maut merupakan seorang kontraktor berusia 24 tahun dan disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

BACA JUGA:
Empat pelajar antara sembilan cedera dalam letupan kompresor di universiti swasta

“Dua kontraktor lelaki tempatan parah, empat pelajar dan seorang juruteknik cedera, manakala dua pekerja kantin warga Indonesia cedera ringan.

“Kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi hari ini di kawasan penyelenggaraan penyaman udara bersebelahan kafeteria di tingkat empat sebuah bangunan di universiti itu,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran gas penyaman udara bertekanan tinggi sehingga mengakibatkan kerosakan pada dinding konkrit.

Ketika kejadian, katanya, kerja pembaikan sistem penghawa dingin dijalankan oleh juruteknik yang dipanggil pihak pengurusan universiti berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button