Nilai rekod IPU tertinggi, 15 kawasan masih diselubungi jerebu
KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 9 pagi Khamis, dengan Nilai, Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi iaitu 163.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), keadaan sama turut melanda beberapa kawasan lain, khususnya di Selangor yang merekodkan lima lokasi dengan kualiti udara tidak sihat.
Klang dan Johan Setia masing-masing mencatatkan bacaan IPU 155, diikuti Petaling Jaya (154), Shah Alam (152) dan Banting (131).
Di Negeri Sembilan, selain Nilai, Seremban merekodkan bacaan 155 manakala Port Dickson mencatatkan 148.
Melaka turut terjejas apabila Bukit Rambai merekodkan IPU 159, manakala Bandaraya Melaka mencatatkan 142.
Di Johor, Tangkak merekodkan bacaan 153 dan Pasir Gudang 108. Sementara itu, di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan IPU 152 dan Cheras 140, manakala Putrajaya turut merekodkan bacaan 140.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 50 kawasan lain merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala hanya tiga kawasan berada pada tahap baik.
Mengikut pengelasan IPU, bacaan sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








