Dua remaja maut motosikal bertembung Toyota Yaris di Kampung Gajah
PASIR SALAK – Dua individu maut apabila motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, dekat Kampung Gajah, di sini awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.29 pagi.
Katanya, kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris dan motosikal Yamaha Y15.
“Setibanya jentera di lokasi didapati kereta Toyota Yaris telah berada di dalam parit dan terdapat seorang mangsa cedera iaitu Mohamad Nor Afifi Harun, 31, di dalam kereta namun mangsa tidak tersepit.
“Penunggang dan pembonceng motosikal yang maut turut berada di dalam parit. Mereka ialah Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan Adam Danial Abdul Rahman, 18.
Sabarodzi berkata, ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER sebelum mengarahkan anggota untuk mengangkat ketiga-tiga mangsa menggunakan stretcher.
“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian manakala mangsa yang parah iaitu pemandu Yaris dibawa ke Hospital Seri Iskandar,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








