BERITA SEMASA

Jasad kru kapal warga Malaysia jatuh laut di perairan Bangladesh ditemukan

KUALA LUMPUR – Jasad kru kapal warga Malaysia yang sebelum ini dilaporkan ke laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, berjaya ditemukan pasukan penyelamat, semalam.

Laporan Bernama menyebut, perkara itu disahkan oleh Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa hari ini.

“Buat masa ini, jasad mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian,” katanya.

Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang berusia 31 tahun yang juga rakan sekerjanya dipercayai telah terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lepas dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.

Pengguna berkenaan turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button