Pasukan mencari temukan kereta pasangan warga emas yang terjunam dalam Sungai Rompin
ROMPIN – Pasukan mencari berjaya menemukan kenderaan dinaiki pasangan warga emas yang terjunam lalu tenggelam di Sungai Rompin, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kereta jenis Perodua Myvi itu ditemukan oleh pasukan penyelam di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Tambahnya, lokasi kenderaan ditemukan kira-kira 59 meter dari lokasi ia dipercayai terjunam, kira-kira pukul 11 pagi tadi.
“Kenderaan dikenalpasti di dasar sungai sedalam kira-kira sembilan meter dalam keadaan mengiring dan pada masa ini arus agak kuat. Mangsa belum dikenal pasti sama ada berada di dalam kenderaan terbabit,” katanya di sini hari ini.
Semalam, sepasang suami isteri warga emas dikhuatiri lemas selepas kereta jenis Perodua Myvi dinaiki mereka terjunam ke dalam Sungai Rompin.
Mangsa dikenal pasri sebagai Mohd Zairip Bidin, 40, dan isterinya Aisyah Shafie, 55, difahamkans sedang dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Kampung Sarang Tiong di Tanjung Gemok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














