BERITA SEMASA

Remaja hilang dipercayai sesat ketika aktiviti pendakian

IPOH – Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang dipercayai akibat tersesat ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa dekat Tanjong Malim, hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.26 tengah hari tadi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan BBP Tanjong Malim dihantar ke lokasi kejadian.

“Mangsa, Nur Izzati Humaira Azizul berumur 19 tahun dipercayai tersesat semasa menuruni bukit bersama lima rakan dan ahli keluarganya.

“Ketua operasi mengaplikasikan konsep LAST (Kenal Pasti Lokasi, Akses ke Mangsa, Stabilkan Mangsa dan Pemindahan Mangsa) dengan memulakan pencarian di bukit yang dilaporkan kali terakhir mangsa dilihat pada radius 234 meter ketinggian Bukit Changkat Asa,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut melibatkan pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Malim Gunung Perhutanan ditangguhkan pukul 7 malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button