Pejalan kaki warga Bangladesh maut dilanggar, polis buru pemandu
KUALA LUMPUR – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan sebuah kenderaan yang dipercayai melanggar seorang pejalan kaki warga Bangladesh sehingga maut di Jalan Bukit Kemuning, dari arah Taman Sri Muda menghala ke Klang, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 8.20 pagi ketika mangsa berusia 45 tahun dipercayai sedang melintas jalan.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat.
“Setakat ini, kenderaan yang terbabit masih belum dikenal pasti dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan kenderaan serta pemandunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-286 3875 bagi membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








