Kenapa hampaa tinggai ibu…” – Luahan wanita kehilangan suami, dua anak undang sebak netizen
KUALA LUMPUR – Luahan seorang wanita yang kehilangan suami serta dua anak lelakinya serentak dalam satu kemalangan tragis di Kulim, Kedah semalam, mengundang rasa sebak dan simpati warga maya.
Menerusi ruangan komen di video TikTok Malaysia Tribune, wanita yang menggunakan akaun dikenali sebagai @miejaaa._ itu meluahkan kesedihan yang meruntun hati.
“Kenapa hampaa (kamu semua) tinggai ibu. Ibu sunyi dah lepas ni,” tulisnya.
Luahan itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang turut menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk wanita berkenaan.

“Allahuakbar. Sabar ya. Depa tunggu sis di syurga,” tulis @NorasiahCheSoh.
Seorang lagi pengguna turut berkongsi perasaan sedih dan simpati.
“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul semoga ibu tabah, berat dugaanmu, syurga anak Insya-Allah dihulur tangan buat ibu. Innalilahiwainna ilaihirajiun,” tulis @siti.
Terdahulu, dalam kemalangan melibatkan kereta Perodua Viva dan Proton S70 yang berlaku di Jalan Sungai Kob itu, polis mengesahkan tiga mangsa yang maut merupakan seorang bapa dan dua anak lelakinya.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, mangsa yang memandu Perodua Viva itu dikenal pasti sebagai Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin, 25, seorang pekerja kilang, bersama dua anaknya, Muhammad Affan Mikhael, 2, dan Muhammad Aqeel Afnan, 4.
“Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








