BERITA SEMASA

Penunggang Ducati maut nahas elak penunggang lawan arus

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) dekat Ulu Kelang, di sini, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Reza Abdul Rashid, 43, dilaporkan maut di tempat kejadian kira-kira pukul 1 petang ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asistant Komisioner Mohd Azam Ismail yang mengesahkan kejadian itu berkata, rakaman daripada CCTV mendapati kemalangan berlaku selepas mangsa cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang melawan arus.

Dalam rakaman CCTV berdurasi 12 saat yang tular di media sosial, mangsa dilihat terbabas ketika cuba mengelak sebuah motosikal lalu melanggar tembok dan tercampak dari ketinggian lebih 10 meter.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button