BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pesara rugi lebih RM250,000 diperdaya pelaburan mata asing tidak wujud

KLUANG – Akibat teruja dengan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat, seorang pesara lelaki berputih mata apabila kerugian lebih RM250,000 selepas diperdaya pelaburan mata asing tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa berusia 65 tahun terjebak dengan skim pelaburan itu selepas melihat iklan ketika melayari Internet pada 15 Ogos lalu.

“Sindiket menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat kepada mangsa dan dia diminta mendaftar melalui pautan diberikan selepas berhubung dengan seorang ‘ejen pelaburan’.

“Antara tempoh 2 November hingga 23 Disember lalu, mangsa membuat pembayaran berjumlah RM261,420 ke dalam empat akaun bank berbeza secara berperingkat dan mendapati terdapat keuntungan berjumlah RM500,000 dalam akaun pelaburannya,” katanya dalam kenyataan.

Bahrin berkata, bagaimanapun mangsa diminta membuat pembayaran lagi jika mahu membuat pengeluaran keuntungan, menyebabkan dia sedar sudah diperdaya dan membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button