BERITA SEMASA

Maktab PDRM dicadang jadi hab penyelidikan jenayah siber, narkotik

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan kesediaan untuk menjadikan Maktab Polis sebagai hab penyelidikan dan siasatan jenayah siber dan narkotik di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dengan adanya hab penyelidikan tersebut, tahap kesiapsiagaan agensi keselamatan dapat dipertingkatkan bagi membasmi kedua-dua jenayah itu.

“Kita (PDRM) telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution kita mahu meletakkan Maktab PDRM ini sebagai satu hab pembelajaran jenayah siber dan narkotik.

“…sehingga pihak pakar analisis yang kita telah hantar ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini boleh tahu bila dia kaji bahan (bahan terlarang) dia boleh tahu bahan ini dari mana, yang ini dari Laos, yang ini dari Guatemala dan yang ini pula buatan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Majlis PDRM ‘Special Dialogue 2024’ di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Maktab PDRM bagi membentuk kerjasama strategik dalam pembangunan kapasiti jenayah siber dan narkotik.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, pihak PDRM turut komited untuk membantu mengurangkan jenayah narkotik yang dilihat saban tahun merugikan kerajaan.

“Kita ke arah untuk menyelesaikan masalah untuk mengurangkan jenayah narkotik ataupun jenayah siber itu sendiri

“Hal ini kerana kita nampak narkotik ini telah banyak merugikan kerajaan dengan pesakit-pesakit. Penagih dadah ini akan dianggap sebagai pesakit apabila undang-undang baharu menyatakan mereka ini adalah pesakit,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button