Remaja perempuan hilang dari kuarters Hospital Sungai Buloh
SUNGAI BULOH – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang keluar dari kediamannya di Kuarters Integrasi Hospital Sungai Buloh sejak petang kelmarin masih belum ditemui.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kehilangan Wan Adriana Qaisara Wan Azim dilaporkan seorang wanita pada jam 1.13 pagi semalam selepas remaja itu tidak pulang ke rumah.
Menurutnya, mangsa dipercayai keluar kira-kira jam 3 petang kelmarin sebelum gagal dihubungi sehingga kini.
“Wan Adriana mempunyai ketinggian sekitar 149 sentimeter, berat 48 kilogram, berkulit sawo matang dan kali terakhir dilihat memakai baju hitam, seluar hitam, tudung sarung hitam serta membawa beg galas biru muda,” katanya dalam kenyataan.
Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-949 5707.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















