Penjawat awam ditahan disyaki terbabit amang seksual pelajar perempuan
JOHOR BAHRU – Seorang penjawat awam lelaki berusia 28 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sekitar bandar raya ini, awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek ditahan di pekarangan Balai Polis Pelangi Indah semalam sejurus mangsa membuat laporan polis pada hari sama.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada 25 Januari lalu di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan kediaman mangsa di sini.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” memetik Buletin TV3 Online.
Beliau berkata, suspek kini direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan lanjut.
“Siasatan masih diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes diminta tampil bagi membantu pihak polis,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








