BERITA SEMASA

Tambahan RM15 bilion kepada peruntukan keseluruhan RMK12 tidak naikkan hutang negara

KUALA LUMPUR – Tambahan peruntukan sebanyak RM15 bilion kepada Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) tidak akan menambah hutang kepada kerajaan.

Jaminan tersebut dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, hari ini.

Sebaliknya, kata Rafizi, peruntukan tersebut mampu dihasilkan menerusi pendapatan kerajaan yang lebih baik untuk tempoh sehingga 2025.

Beliau menambah, tambahan berkenaan juga dipersetujui mengambil kira jangkaan kita bahawa kita akan kekal dalam sasaran defisit 3.5 peratus menjelang 2025.

“Bermakna kita yakin kita boleh berbelanja lebih dengan peruntukan lebih, tanpa perlu berhutang lebih.

“Dana akan diperoleh hasil pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, dan ia juga hasil daripada pembiayaan dan perbelanjaan yang lebih teratur di peringkat kerajaan

“Jadi dengan tatakelola lebih baik, kita yakin bahawa walaupun RM15 bilion itu satu tambahan, RM15 bilion itu juga adalah penjimatan daripada pelbagai perbelanjaan sedia ada yang kita boleh alihkan kepada perbelanjaan pembangunan untuk dua tahun akan datang,” katanya dalam sidang akhbar di Lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12), kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK12, dan menambah siling sebanyak RM15 bilion lagi menjadikan jumlah keseluruhannya RM415 bilion.

Rafizi berkata, KSP RMK12 yang turut menekankan fokus kerajaan untuk meningkatkan kemampanan fiskal membuktikan komitmen kerajaan untuk menambah hasil.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button