BERITA SEMASAPMX

Calon YDP Dewan Negara ditentukan esok – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Calon yang akan mengisi jawatan Yang Dipertua Dewan Negara akan ditentukan esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau akan ke Sarawak esok dan akan menemui pimpinan parti dan Kerajaan Sarawak.

“Dua (Yang Dipertua Dewan Negara) terhenti (tugas) sebelum tamat tempoh (perkhidmatan).

“Saya akan bincang. Esok saya akan ke Sarawak… insya Allah,” katanya selepas merasmikan Pameran Era Pasca Normal Madani, di sini hari ini.

Terdahulu, kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian penyandangnya, Datuk Mutang Tagal, baru-baru ini di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur,

Sebelum Mutang, jawatan itu disandang oleh wakil Sarawak iaitu Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Bagaimanapun, Wan Junaidi melepaskan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button