POLITIK

Pemilihan PKR 2025: Pencalonan peringkat pusat ditangguhkan kepada 8, 9 Mei

CYBERJAYA – Proses pencalonan Pemilihan PKR 2025 peringkat pusat yang berlangsung hari ini dan esok, ditangguhkan kepada 8 dan 9 Mei.

Penangguhan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan, semalam.

Kenyataan itu, bagaimanapun tidak memberitahu sebab mengapa keputusan penangguhan itu dibuat.

“Dimaklumkan bahawa JPP memutuskan untuk menangguhkan proses Pencalonan Pemilihan 2025 peringkat Pusat yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei 2025 (hari ini dan esok).

“Tarikh baharu bagi Pencalonan Peringkat Pusat akan berlangsung pada 8 Mei 2025, bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada 9 Mei,” kata kenyatan itu.

Menurut Zaliha, proses pencalonan untuk pemilihan itu akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.

“Saudara dan saudari yang berminat menawarkan diri menjadi calon Pemilihan Parti Peringkat Pusat hendaklah mengisi dan melengkapkan borang pencalonan melalui pautan https://pencalonanpusat.keadilanrakyat.org ,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button