BERITA SEMASA

Ketua PKR Pahang kalah di Lipis 

PETALING JAYA – Ketua PKR Pahang, Rizal Jamin gagal mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Lipis selepas tewas dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam.

Keputusan rasmi yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menyaksikan Rizal yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, hanya meraih 421 undi, tewas kepada Mohd Hasim Mansor yang memperoleh 516 undi, lapor FMT.

Rizal merupakan salah seorang daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang yang mengangkat sumpah pada 5 September lalu.

Dalam pada itu, pemilihan di Pahang turut menyaksikan Exco Kerajaan Negeri, Sim Chon Siang gagal mempertahankan jawatan Ketua PKR Kuantan.

Pertandingan dua penjuru itu menyaksikan ADUN Teruntum tewas kepada Fakhrul Anuar Zulkawi, kedua-dua calon memperoleh jumlah undi yang sama iaitu 575, namun pemenang ditentukan berdasarkan faktor tambahan yang tidak diumumkan secara terperinci oleh JPP.

Sementara itu, Ahmad Farhan Fauzi, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua PKR Cabang Indera Mahkota.

Di Bera, Ahli Dewan Negara Bob Manolan kekal sebagai Ketua PKR selepas menewaskan Mohamed Jidi Yaakob dengan 225 undi berbanding 186.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button