
BERITA SEMASAPOLITIK
PKR bukan ahli Liberal International – Fahmi
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Nasional (PKR) menafikan dakwaan bahawa parti tersebut menjadi ahli kepada pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.
Ketua Peneragannya Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan hari ini berkata sejak kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan parti tersebut dengan pertubuhan tersebut.
“Saya mengesahkan bahawa PKR bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International, “ ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, parti tersebut bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin, serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















