Pengurusan tertinggi LLM perlu bertanggungjawab isu TuJu – Fahmi
KUALA LUMPUR – Pengurusan tertinggi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) perlu bertanggungjawab sekiranya didapati menyampaikan maklumat tidak tepat berhubung fungsi aplikasi navigasi TuJu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebarang maklumat yang disampaikan wakil LLM dalam mesyuarat berkaitan aplikasi itu perlu dipertanggungjawabkan oleh organisasi berkenaan.
“TuJu adalah aplikasi di bawah jagaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
“Sekiranya ada apa-apa maklumat yang wakil mereka sampaikan ketika mesyuarat, mereka perlu bertanggungjawab atas maklumat yang disampaikan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan Wartawan Yayasan CVSKL di sini, hari ini.
Fahmi diminta mengulas pendirian kerajaan berhubung fungsi TuJu susulan kenyataan Pengerusi LLM, Datuk Seri Hasni Mohammad bahawa aplikasi itu bukan bertujuan menggantikan aplikasi navigasi seperti Waze.
Hasni sebelum itu menjelaskan, TuJu dibangunkan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan di lebuh raya bertol dan bukannya bersaing secara langsung dengan aplikasi navigasi lain.
Fahmi berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat yang dimaksudkan dan tidak mempunyai maklumat mengenai perkara yang dibincangkan.
“Saya tidak menghadiri mesyuarat itu. Saya tidak mempunyai maklumat mengenai perkara yang dibincangkan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







