Agong akan tentukan calon Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu
KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa Baginda akan menentukan calon terbaik bagi menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office (RPO) hari ini, Seri Paduka Baginda turut menegaskan agar tiada pihak mempolitikkan pelantikan jawatan berkenaan.
“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Baginda.
Menurut Baginda, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM amat penting dalam memastikan suruhanjaya itu terus berfungsi secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.
Terdahulu, timbul spekulasi mengenai dua nama yang dikatakan sedang dipertimbangkan bagi menggantikan penyandang ketika ini, Azam Baki.
Kontrak Azam dijangka tamat kurang sebulan lagi selepas tiga kali disambung oleh kerajaan sebelum ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















