Agong zahir penghargaan kepada pasukan keselamatan sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan dan agensi penguatkuasaan yang terus komited melaksanakan amanah serta tanggungjawab sepanjang musim perayaan.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim menyanjung tinggi pengorbanan anggota keselamatan dan penguat kuasa yang tetap bertugas bagi memastikan keamanan, ketenteraman awam serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara walaupun ketika masyarakat lain menyambut lebaran bersama keluarga.
Seri Paduka Baginda turut menzahirkan doa agar semua anggota keselamatan sentiasa berada dalam lindungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan sepanjang menjalankan tugas.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Sultan Ibrahim turut menasihatkan rakyat agar sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, khususnya semasa pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.
Sultan Ibrahim bertitah semua pengguna jalan raya perlu mematuhi peraturan lalu lintas, menjaga keselamatan diri serta tidak tergesa-gesa ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















