‘Konspirasi’ papar realiti perjuangan SPRM banteras rasuah
PUTRAJAYA – Filem Konspirasi yang bakal menemui penonton pada 21 Mei ini akan menjadi medium berkesan dalam memperkukuh keyakinan serta kepercayaan masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan khususnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Filem aksi tempatan itu bukan sahaja menampilkan elemen dramatik malah membawa penonton menyelami realiti tugas penguatkuasaan dalam usaha membanteras rasuah, di samping memperluas kefahaman orang ramai mengenai peranan dan fungsi SPRM.
Pengarahnya, Ghaz Abu Bakar berkata, karya berkenaan mengangkat kisah sekumpulan ejen SPRM yang berdepan misi berisiko tinggi menjejak seorang pengganas siber berbahaya.
“Insyallah saya berharap filem ini mendapat sambutan dan penonton boleh datang menontonnya berulang kali bersama keluarga.
“Paling penting, mereka dapat memahami mesej yang cuba disampaikan serta penceritaan yang diketengahkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem itu di TGV Alamanda, Putrajaya, hari ini.
Majlis tayangan khas berkenaan turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.
Konspirasi membariskan pelakon terkenal tanah air antaranya Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shidin Kamal, Sarimah Ibrahim, Amir Nafis serta Esma Daniel.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








