BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lapan direman SPRM berkait kes rasuah RM1.6 bilion

PUTRAJAYA – Lapan termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) dan dua individu dalam pengurusan tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman bersabit rasuah pembinaan dua projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.6 bilion.

CEO bergelar Datuk bersama dua dari pengurusan tertinggi syarikat berkenaan direman selama empat hari manakala lima lagi individu iaitu pemilik syarikat pula direman selama tiga.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, tiga suspek daripada syarikat konsesi berkenaan membabitkan dua lelaki dan seorang wanita manakala pemilik syarikat itu pula membabitkan lima lelaki yang kesemua berusia sekitar 40 hingga 50-an.

Kesemua ditahan dalam Ops Lintas antara pukul 8 hingga 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Tiga suspek yang berkhidmat di syarikat konsesi lebuh raya ini disyaki telah meminta dan menerima rasuah daripada pemilik-pemilik syarikat berkenaan sebagai balasan bagi mendapat kontrak mengambil alih kerja-kerja pembinaan yang sebelum ini dijalankan satu syarikat lain bernilai lebih RM1 bilion.

“Selain itu, mereka juga dipercayai telah meminta dan menerima rasuah membabitkan pembinaan satu seksyen projek lebuh raya lain di Lembah Klang yang bernilai lebih kurang RM670 juta.

“Keseluruhan nilai kedua-dua projek itu adalah berjumlah RM 11 bilion,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaha mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button