[VIDEO] SPRM reman Pengerusi agensi, 4 lagi disyaki salah guna kuasa urusan pelupusan tanah agensi kerajaan
PUTRAJAYA – Lima individu yang terdiri daripada seorang Pengerusi agensi, dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal serta seorang kerani direman empat hari kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di Pulau Pinang.
Perintah reman sehingga 24 Ogos 2026 terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Noor Idayu Salim selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi.
@malaysiatribune Lima individu yang terdiri daripada seorang Pengerusi agensi, dua pengarah syarikat, seorang pengurus teknikal serta seorang kerani direman empat hari kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pelupusan tanah milik agensi kerajaan di bawah sebuah kementerian di Pulau Pinang. Menurut sumber, suspek pertama iaitu pengerusi sebuah agensi kerajaan dipercayai bersubahat bersama empat lagi menyalahgunakan kedudukannya ketika itu untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Prai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya. #malaysiatribune
Menurut sumber, empat suspek lelaki dan seorang suspek wanita berusia dalam lingkungan 40 dan 50-an ditahan antara jam 11 pagi dan 12 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.
“Suspek pertama seorang pengerusi sebuah agensi kerajaan dipercayai bersubahat bersama empat lagi suspek menyalahgunakan kedudukannya ketika itu sebagai Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah untuk meluluskan penjualan lapan lot tanah di Seberang Prai Selatan pada 2015 kepada sebuah syarikat yang disyaki milik sekutunya.
“Suspek terbabit juga dipercayai menggunakan kedudukannya meluluskan penjualan tanah tersebut pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran membabitkan nilai kerugian kira-kira RM1.96 juta,” kata sumber tersebut.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







