Pengurus pertubuhan direman tuntut bayaran palsu RM1,200
ALOR SETAR – Seorang pengurus sebuah pertubuhan di Kedah direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes pengemukaan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan bayaran berjumlah kira-kira RM1,200.
Perintah reman sehingga 26 Julai ini dikeluarkan Majistret Eliana Ismail di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini, selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.
Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri.
“Siasatan awal mendapati suspek disyaki mengemukakan dokumen tuntutan bayaran membabitkan kerja-kerja membaiki dan menyelenggara sebuah lori milik pertubuhan terbabit sekitar April tahun lalu, namun kerja tersebut dipercayai tidak pernah dilaksanakan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen palsu bagi tujuan memperdaya.
Suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri, hari ini.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








