BERITA SEMASALUAR NEGARA

Wartawan British Yvonne Ridley hilang dalam tahanan Israel

WASHINGTON – Wartawan dan aktivis British, Yvonne Ridley, dilaporkan hilang selepas dipercayai diculik oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF) semasa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, baru-baru ini.

Yvonne Ridley
Yvonne Ridley

Ridley, yang terkenal dengan liputan berani dan kritikal terhadap isu kemanusiaan, menyertai konvoi GSF yang membawa bekalan perubatan dan bantuan ke Gaza.

Beliau dilaporkan hilang semasa proses pemindahan sebelum dihantar pulang ke Istanbul.

Sumber antarabangsa melaporkan Ridley sebelum itu ditahan di Penjara Ketziot, di mana beliau mengadakan mogok lapar selepas dinafikan ubat-ubatan.

Sehingga kini, tiada komunikasi diterima dan kedudukannya masih tidak diketahui.

Pertubuhan antarabangsa termasuk Committee to Protect Journalists (CPJ) dan Reporters Without Borders (RSF) menuntut penjelasan segera daripada Israel serta siasatan menyeluruh mengenai penahanan dan kehilangan Ridley.

Kehilangannya mencetuskan kebimbangan besar dalam komuniti kewartawanan dunia, yang menganggap ia sebagai bukti risiko tinggi dihadapi wartawan ketika melapor di zon konflik.

GSF merupakan satu inisiatif kemanusiaan antarabangsa yang ditubuhkan bagi menghantar bantuan perubatan, makanan, dan keperluan asas kepada penduduk Gaza yang terkesan akibat sekatan berpanjangan oleh rejim Israel.

GSF kini menjadi simbol ketabahan masyarakat antarabangsa dalam memperjuangkan hak kemanusiaan sejagat dan menentang penindasan terhadap rakyat Gaza.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button