LUAR NEGARA

Negara haram Israel diserang, lebih 30 roket dilancar dari Lubnan

BAITULMAQDIS – Lebih 30 roket dilancarkan dari Lubnan ke negara haram, Israel susulan insiden serangan pasukan keselamatan rejim terhadap umat Islam di Masjid Al-Aqsa ketika bulan Ramadan.

Menurut laporan berita tempatan serangan itu merupakan yang terbesar sejak 2006 iaitu peperangan antara kedua-dua pihak itu sehingga mengorbankan lebih 1,300 nyawa.

Bagaimanapun serangan itu tidak menyebabkan sebarang kehilangan nyawa namun difahamkan dua orang cedera.

Sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu ke atas negara haram Israel.

Dalam pada itu, Israel bertindak menutup ruang udara di bahagian utara ketika situasi terus tegang ketika ini.

Sementara itu Menteri Luar Israel, Eli Cohen meminta semua pihak mengutuk serangan dari Lubnan itu.

“Hari pertama Paskah. Semasa kami bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan, Israel berhadapan serangan roket dari selatan dan utara. Ini bukan satu kebetulan. Tiada siapa yang patut menguji kami, kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mempertahankan negara dan rakyat kami,” kata Cohen menerusi Twitter.

“Saya menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengeluarkan kenyataan yang jelas terhadap mereka yang bertanggungjawab atas serangan ke atas Israel,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button