Pelan Damai Gaza: Ben Gvir ancam tinggalkan gabungan kerajaan jika Hamas terus wujud
TEL AVIV – Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir mengancam Parti Otzma Yehudit diketuainya akan keluar daripada gabungan kerajaan sekiranya Hamas “terus wujud” selepas semua tebusan Israel dibebaskan seperti disyaratkan dalam pelan perdamaian Gaza tajaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Di bawah pelan itu, anggota Hamas yang “sedia untuk hidup aman secara bersama dan meletakkan senjata akan diberikan pengampunan,” manakala mereka yang mahu meninggalkan Gaza akan diberi laluan selamat, lapor Times of Israel.
“Sehubungan dengan perkembangan terkini, saya dan blok Otzma Yehudit telah memaklumkan Perdana Menteri (Netanyahu) dengan jelas, jika Hamas masih wujud selepas pembebasan tebusan, Otzma Yehudit tidak akan menjadi sebahagian daripada kerajaan.
“Kami enggan menyertai (gabungan) kerajaan yang diingati selamanya sebagai kalah,” katanya.
Ben Gvir berkata, partinya “seperti rakyat Israel yang lain mahukan para tebusan dipulangkan” namun menegaskan partinya “sama sekali tidak boleh bersetuju dengan senario di mana kumpulan yang telah membawa malapetaka terbesar dalam sejarah Israel dibenarkan untuk bangkit semula.”
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








