BERITA SEMASA

Kenderaan rempuh tiang elektrik, 5 lelaki cedera

SEMPORNA – Seorang cedera parah manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta dipandu mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kampung Kubang Jaya, di sini petang semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.53 petang.

Susulan itu, seramai tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi Mohd. Syukri Hamsah dikerahkan ke tempat kejadian.

Katanya, kesemua mangsa berumur 17 hingga 24 tahun itu telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Sementara itu, seorang mangsa yang dilaporkan tersepit pula berjaya dikeluarkan pasukan bomba sebelum diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa tersebut kemudiannya di hantar ke Hospital Daerah Semporna menggunakan Jentara EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, operasi ditamatkan pada pukul 5.52 petang selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di tempat kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button