BERITA SEMASA

Bantuan segera, penempatan sementara untuk mangsa kebakaran di Sandakan – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas serta penempatan sementara bagi mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, yang memusnahkan ratusan rumah awal pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan mangsa serta penyaluran bantuan segera di lokasi kejadian.

“Saya amat terkesan menerima laporan kebakaran ini yang memusnahkan ratusan rumah penduduk.

“Kerajaan Persekutuan sedang menyelaras bersama Kerajaan Negeri Sabah untuk bantuan asas dan penempatan sementara sesegera mungkin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Dalam kejadian tersebut, sekurang-kurangnya 200 rumah atas air musnah dalam kebakaran besar yang melibatkan penempatan padat di kampung berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan sebelum itu memaklumkan bahawa faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang terlalu rapat menjadi antara punca api merebak dengan cepat.

Kerajaan memberi jaminan akan terus memantau situasi dan memastikan kebajikan mangsa terjejas terus terbela, termasuk penyediaan keperluan asas serta tempat perlindungan sementara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button