Kapal kargo terbakar, 19 kru berjaya diselamatkan
BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan 19 kru sebuah kapal kargo yang terbakar, dekat sini semalam.
Menurut Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Mohammad Zaini Zainal Abidin, kejadian itu berlaku pada kedudukan 9.1 batu nautika dari Tanjung Laboh, dekat sini.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada Malaysia Rescue Sub Centre pada kira-kira pukul 8.40 pagi.
Sehubungan itu, tambahnya, dua bot Maritim Malaysia dan sebuah bot pasukan Polis Marin digerakkan ke lokasi dengan segera.
“Semua mangsa dilaporkan selamat dan dipindahkan ke bot peronda Maritim Malaysia sebelum dibawa ke jeti untuk tindakan selanjutnya.
“Siasatan mendapati, terdapat 19 kru terdiri daripada seorang warga tempatan dan 18 warga Filipina,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Difahamkan, kerja memadamkan api masih dijalankan memandangkan tangki minyak berada di bawah kawasan kebakaran dan setakat ini tiada laporan berlaku tumpahan minyak, namun pemantauan sedang dijalankan bagi mengelak sebarang kemungkinan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








