JENAYAH & MAHKAMAH

Kebakaran ragut nyawa wanita tiada unsur jenayah

NILAI – Polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dalam insiden kebakaran yang meragut nyawa seorang wanita di Taman Mantin, di sini malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya, jasad mangsa yang berusia lingkungan 30-an telah dihantar ke Hospital Rembau untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian.

BACA JUGA:
Wanita rentung, terperangkap dalam kebakaran di Nilai

“Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pukul 11.56 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar pukul 11.35 malam dan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Laporan media sebelum ini menyebut, kejadian berlaku ketika mangsa tinggal seorang diri, manakala adik lelakinya keluar membeli makanan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button