LUAR NEGARA

21 terbunuh, 61 cedera insiden letupan kilang bunga api

BEIJING – Seramai 21 terbunuh manakala 61 lagi cedera apabila sebuah kilang bunga api di Changsha, wilayah Hunan meletup lalu terbakar, kelmarin.

Menurut agensi berita Xinhua, hampir 500 anggota penyelamat digerakkan ke lokasi bagi operasi pemadaman dan membantu memindahkan orang ramai dari zon bahaya berikutan risiko daripada dua gudang yang menyimpan serbuk hitam.

Susulan kejadian, Presiden China, Xi Jinping mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya melaksanakan siasatan menyeluruh terhadap punca kejadian.

Jinping turut mengarahkan pihak berkuasa supaya memperkukuh saringan risiko serta kawalan bahaya dalam industri-industri utama, menurut Xinhua.

Pada masa yang sama, satu “langkah kawalan” turut diambil terhadap syarikat berkenaan, namun laporan itu tidak memperincikan bentuk tindakan yang dikenakan.

Februari lalu, China melaporkan dua letupan maut di kedai bunga api sekitar tempoh sambutan Tahun Baharu Cina.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button