Pekerja maut dalam kebakaran kilang sampah
KULAI – Seorang lelaki tempatan maut dalam kebakaran sebuah kilang sampah di Jalan Seelong Senai, di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Muhammad Asri Yousri berkata, mangsa yang dikenali sebagai N. Elango, 35, ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap dalam bangunan separa kekal berkeluasan 4,800 meter persegi itu.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.40 pagi sebelum sembilan anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, didapati kilang berkenaan sudah terbakar kira-kira 20 peratus.
“Seorang mangsa ditemukan rentung di dalam premis tersebut selepas api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Muhammad Asri, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








