Lebih 170 bangunan musnah dalam kebakaran
TOKYO – Lebih 170 bangunan musnah dalam satu kebakaran besar yang melanda bandar Oita di daerah Saganoseki, sejak semalam.
Menurut Reuters yang memetik kenyataan agensi bomba Jepun, seramai 175 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan selepas kebakaran tercetus sekitar pukul 5.40 petang waktu tempatan.
Menurut Yomiuri Shimbun, lebih 50 trak bomba dan helikopter dikerahkan untuk memadamkan kebakaran itu, namun setakat pukul 11 pagi ini (waktu tempatan) belum ada tanda bahawa kebakaran itu sudah dapat dipadamkan sepenuhnya.
Agensi Pengurusan Kebakaran dan Bencana melaporkan, seorang masih hilang manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.
Rakaman udara oleh penyiar tempatan menunjukkan rumah-rumah yang musnah menjadi runtuhan serta kepulan asap tebal naik dari bandar berbukit yang menghadap pelabuhan perikanan terkenal dengan ikan kembung jenama premium Seki.
Media tempatan melaporkan, api turut merebak ke lereng hutan berdekatan.
Sebuah helikopter bomba tentera telah dihantar atas permintaan gabenor wilayah Oita, menurut Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, dalam satu hantaran di X hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








