BERITA SEMASA

Dua restoran musnah terbakar

LANGKAWI – Dua buah restoran di Jalan Pantai Chenang di sini, musnah dalam satu kebakaran, malam tadi.

Menurut Ketua Bomba Zon Langkawi, Mohd Zamri Abdul Ghani kebakaran dipercayai bermula pada premis pertama sebelum merebak ke premis kedua yang letak bersebelahan.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.12 malam sebelum 23 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Matsirat, BBP Persiaran Putra dan BBP Langkawi, bersama dua jentera dan masing-masing satu unit pacuan empat roda, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, komander operasi melaporkan berlaku kebakaran membabitkan dua restoran.

“Api seterusnya merebak ke premis kedua yang terletak bersebelahan dengan anggaran kemusnahan 90 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sebuah Proton Saga turut terbakar lima peratus dalam kejadian itu.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.23 malam. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button