BERITA SEMASA

Unit kondominium musnah terbakar

Punca kebakaran masih dalam siasatan

KUALA LUMPUR – Sebuah unit kondominium dekat Jalan San Peng, di sini, dilaporkan musnah dalam satu kebakaran, malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.01 malam.

Katanya, seramai 24 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Pudu bersama jentera bergegas ke lokasi.

“Menurut Komander Operasi Kanan, PKPgB Mohd Suhaimi Mohd. Razali, setibanya pasukan di lokasi kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat 22 musnah 100 peratus.

“Anggota seterusnya melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan kaedah ‘offensive’ dan ‘defensive’ untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain,” kata PGO KL dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 11.27 malam.

“Kejadian ini tidak melibatkan mangsa, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik,” jelasnya.

Terdahulu, video kebakaran itu turut menjadi tular di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button